Sunday, September 25, 2011

13 Alasan Bagi Wanita Yang Tidak Mahu Bertudung.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa
.
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Jadi, kepada wanita-wanita yang tidak bertudung. usah penuhkan alasan-alasan yang membosankan ini.
Kerana dalam beragama dan beribadah tiada lagi alasan, tetapi menerima, melakukan dan pengamalkan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah serta menjaunhi segala larangaNYA.

Maaf, jika ada terkasar bahasa. :)

No comments:

Post a Comment