Sunday, August 28, 2011

KHAS BUAT SAHABAT-SAHABATKU..


Dikesempatan ni aku nak ucakan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat sahabat2ku..
maafkan lah klo aku ada buat slah,trkasar bahasa @ sakitkan hati korg ye..
moga raya tahun ni korg akan happy dan dpat duit raya bnyak2..(ye la 2,smua dh tua x de org nk bg duit raya lg..kcuali HANIFAH! hehehehe..tengok badan la..)



NURUL FAZLIZAH BT ROSLI
SELAMAT HARI RAYA!!!
dgr cite ko raya KL tahun ni..(hahahahahaha,tiap2 thun ko 'jaga' KL ni ble org lain blik kg kn?)
thanks ye bagi aku inai 2..
cian ko pagi2 kne petik inai tu..hehehehehe
aku dh pkai inai tu..siap pkai kt tngan dgn kaki tau..

SITI HANIFAH BT MD JAILANI
hai kecik!!!
HAPPY BELATED BIRTHDAY!!!
wlauun aku dh wish,tp aku wish lg skali..
mklum la,aku x wish dlm fb kn???so aku wish kt blog je la..
mse birthday ko tu x smpat nk on9..hehehehe
SELAMAT HARI RAYA!!!
MAAF ZAHIR BATIN!!!
dlm byk2 org ko pling byk aku buat dosa ..hehehehe
ye la,aku kn slalu pnggil ko kcik..
pas2 ejek ko dgn MR.K.. (tp korg bdua mmg scocok!)
 SORY TAU!!( lpas raya aku buat blik..hehehe)
selamat mengumpul duit raya!!!
msti byk thun ni duit raya ko..(tiap2 thun duit ko byk pn!)
ish,jealous aku tau! hahahahahahaha

SYAKINAH BT MOHD SUKOR
my sweetheart, SYAKINAH SAYANG..(sila muntah skrg! hahahahaha)
SELAMAT HARI RAYA KINAH!!!
maaf zahir batin..
sory klo aku ada buat silap..
aku kn slalu ejek ko dgn si dia tu!
tp ko pn sme ejek aku jgk..
mle2 ko je tau tp skrg ni dh rmai tau..
rse mcm nk cekik2 je ko ni!!!!!
sabar je la..
tp aku ttap syg ko..hahahahahaha

FARRAH SAHIRA BT WAHIDON KOHAR
farrah!!!!!
SELAMAT HARI RAYA!!!
MAAF ZAHIR BATIN..
tahun ni aku dtg rumah ko tau..
tahun ni kn ko 'promise' bg RM50 sorg spe dtg beraya rumah ko kn..
ko la mnusia pling pmurah..hehehehehehe
mge bergembira di aidilfitri ni..
raya kt kg kn????
hati2 smasa memandu (psanan utk mak ko,hehehehehe)


SAYANG KORANG!!!!
LEPAS RAYA TGK WAYANG JOM!!!!!!!!!!!!!!!!!
:)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!


Diam2 x diam bulan syawal dh nk mnjelma...
DUA HARI je lg kte smua berpuasa..
mcm x prcaya je..cpat sgt ramadhan berlalu..
tp rse mcm x best je cuti sminggu(x puas lg wlaupn dh buat cti sndri start hri khamis mnggu lpas,hehehe)
 kn best klo cuti DUA MINGGU!!!!
bru gempak! hahahahahaha
tp dlam mimpi je la kot Syu oi,x de mknanya datin 2 nak bgi ko cuti pnjang!

raya tahun ni mcm biasa la...
bkumpul di rumah mak long ku..
tp rumah mak long aku tu kt KL jgk so x de la jauh mne..
dijangka btolak gi sana hari isnin ni..:)

baju raya aku tahun ni dua psang je..
bju lama ada lagi ..
raya pertama aku pkai baju kurung moden warna merah+ungu..


ni lah baju raya aku thun ni..design baju tu mcm baju wrna putih ni tp lengan baju tu mcm baju purple 2..                          

first time aku kai baju mcam ni..
ni gara2 terpengaruh dgn fesyen cikgu2 aku yg cantik kat skolah 2..
diorg pkai bju kurung macam 2 nampak cantik sgt2..
tbe2 hati ni tringin plak nk cuba pakai..
macam mne la agak-agaknya nnti..hehehehehe

tp baru skrg ni aku terfikir mcm mne mse raya nnti aku nk makan redang,kuah kcang dan macam2 lg dgn lengan baju tu????
x psal2 baju lengan baju aku tu msok dalam kuah kacang..hehehehe
ish2,nk bergaya sgt kn! ambik ko!
hbs la,raya ni msti aku kne gler2 sopan lg ayu..
dok kt meja mkan kne lmbut2 je sbb nk jge bju tu!
jdi GADIS MELAYU TERAKHIR la aku (opsss,tlebih plak!)

Tuesday, August 23, 2011

BICARA HATI TERBAIK!


baru2 ni aku dh khatam 1 novel!!!(blan2 puasa ni spatutnya khatam 
al quran tp aku ni trbalik plak! ish ish ish)
nvel ni aku pnjam dri durar..
and sorry to say la durar ye,nvel ko ni mmg daif gler la!
hahahahahahahaha
mklum la,bku lme kan????
cover bku 2 mcm nk tcabut dh!
mmg ksian gler tgk nvel ko !
disebabkan ke'daif'an nvel durar ni,mmg mse mle2 aku bce rse mcm boring je..
msok m/s 100 tu bru aku bersemangat nk bce sbb jlan cerita 2 mkin best..
cite ni ada kelakar , sedih dan mcm2 lg..
 mse part sdih 2 mmg aku rse sebak sgt!(tp x smpai thap mnangis lg la,hehehehe) 

...BICARA HATI...
...DAMYA HANNA...
Bukan aku pinta untuk jatuh cinta.Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan .Aku takut kehilangan teman yang aku sayang dan kehadiran kau memang tepat pada masanya.

Aku tidak pasti sebenarnya! Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?

Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain,kau dan aku bersatu! Jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang anugerah TUHAN.Aku berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar.

Tetapi,mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita?
Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan ?Jadi....janganlah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu.

Pulanglah! Kerana hanya kau yang kurindu...

Sunday, August 14, 2011

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan atau nama singkat dari lafaz ‘BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM’ yang bermaksud ‘Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.’

KELEBIHAN MEMBACA BISMILLAH:

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. ‘BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ‘ (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat keatasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ‘

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Wallahualam

Thursday, August 4, 2011

HANIFAH!!!!!!!!

 COMELNYEEEE BDAK KT ATAS NI!!! :)

Ya allah,sabar je la aku dgn bdak kcik ni(sme umr tp bdan dia 2 krus kring+kecik!)
mcm2 prngai dia ni buat..
nme je form4 sme dgn aku tp dh mcm adik aku je!
mcm2 krenah dia aku nk lyan..
yg plng pnting minah x boleh smpan rhsia lngsng..
aku ni ada la ske kt sseorg 2 dan tlah blaku bberapa pristiwa dan dia tau spe si 'dia' 2..
OMG!!!
mle2  yg tau kinah,pas2 dia..
skrg ni Huda dgn Farrah plak..
adoyai,mmg mlu gler!!!
dh la dlu kecik ni tny soaln merapu  ble dia dpt tau spe si 'dia' 2..
blh plak dia tny 'ko ske dia sbab mke dia ala2 HINDUSTAN ke??'
smpai skrg aku x bleh lpe soalan dia yg  trcpai dek akal aku..
lpas2 dfikir kan blik mmg mke si 'dia' 2 ala2 HINDUSTAN la jgk..
hahahahahaha
mulut ko kn mmg x de insurans..
mlu aku dgn Huda tau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kinah 2 pn 2x5..
sme je dgn si Nipah 2..
x pe2,ada ubi ada batas,
ada hari aku BALAS!!!!!!
eeeeeee,geram+malu!
aku tau la ko dh la admirer MR.K kn???
esk jgk aku msok mminang MR.K untuk ko!!!
ko dgn MR.K 2 ssuai sgt la..
sorg kcik sorg comel..
lgpun dia blh protect ko,mklum la dia kn gagah prkasa..
hahahahahahahahaha
klo x nk MR.K pn x pe..
EX-BAG ko blh jgk..cme dia ni kering mcm ko jgk..
so plih la antara MR.K @ EX-BAG ko..
pas2 aku tlong ko pinang diorg utk ko..
hahahahahahahahaha

Kasih Alia: Tampilkan Kemelut Tragedi, Dendam, Cinta


Drama bersiri 26 episod ini membariskan pelakon seperti Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly(Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lain. 
Jangan lupa terus saksikan, Kasih Alia di slot Akasia, setiap hari Isnin - Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3!

SINOPSIS
Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.

Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.

Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha dan telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.

Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.

Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.

Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.

Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.

Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?