Welcome To My Blog...

Saturday, December 24, 2011

tips untuk memahami kata-kata wanita

Sememangnya wanita amat sukar untuk difahami kerana mereka tidak suka menyampaikan sesuatu secara terus terang,mereka mahukan seorang lelaki yang lebih memahami. Tidak seperti lelaki yang bersikap terbuka. Jadi, setiap kata-kata mereka pasti ada rahsia yang tersembunyi. Apakah makna disebalik kata-kata wanita?
(1) Fine!- Adakah lelaki memahami apabila pasangan mereka menyatakan perkataan Fine! ? Kebiasaannya, wanita meluahkan perkataan ini kerana mahu menghentikanperdebatan yang sedang berlaku. Sebaiknya, apabila mereka sudah mengeluarkan kata-kata ini, anda perlu untuk memberikan ruang untuk mereka bertenang. Cuba elakkan daripada terus memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi mereka. Apabila sesuatu perbincangan dipengaruhi emosi pasti sukar untuk mencari jalan penyelesaian.
(2) 5 minit- Apabila wanita menyatakan mereka memerlukan masa 5 minit untuk bersiap, anda perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam. Lelaki perlu memahami bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk wanita, terutamanya apabila keluar bersama orang yang mereka sayang.
(3) Takda apa-apa- Apabila wanita menyatakan seperti ini, ia adalah petanda awal bahawa perang akan berlaku sekali lagi sekiranya masalah belum lagi dapat diselesaikan. Lelaki seharusnya bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya.
(4) Sukahatila (nada sinis)- Apabila wanita menyatakan sukahatila, ia sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara itu. Jangan lakukan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa anda berjaya memahami mereka.
(5) Whatever!!- Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah ia bermakana bahawa wanita tersebut menyatakan “SAYA BENCI AWAK!!”
(6) Takpe, saya ok- Apabila wanita meluahkan kata-kata ini, ia bermakna mereka sedang memikirkan mengenai hubungan anda. Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian, mempunyai masa depan yang cerah, dan sebagainya. Anda seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan anda semula.
(7) Jangan risau, saya dh agak dah- Kenyataan ini biasanya menunjukkan bahawakesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk beberapa kali. Ia juga merupakan satu tanda bahawa mereka telah berasa bosan dengan sikap buruk anda.

Monday, December 19, 2011

TERGAMAM AKU DIBUATNYA...



This really really sweeeeeettttttttt!!!!!!
keluar sikit air mata aku tgk video ni..
bestnye kalo aku pn dilamar mcm 2..hehehehe (berangan je la)
seriously kakak tu mmg bertuah dapat abg tu..
diorang berdua memang secocok and sweet sgt!
aku doakan moga diorang bahagia hingga ke akhir hayat..
Aminnnnnnnnnnnnnnn

Wednesday, December 14, 2011

Andai Kamu Ingin Memberi Cinta

CINTA. Istilah ini amat popular. Ia mudah dikata tetapi sukar dimengerti. Tatkala melafaz istilah ini, ia mencetuskan pelbagai makna dan perasaan buat seseorang. Ada getaran di suara apabila menyebutnya, ada gambaran indah di layar minda apabila mengingatinya dan ada perasaan berbunga di hati tatkala menghayatinya.
Cinta boleh menjadi istilah yang paling disukai. Atau paling dibenci, bergantung kepada saat bahagia atau deritanya seseorang dengan cinta. Namun ia juga sering disalah anggap kerana cinta biasanya dikaitkan dengan cinta lelaki dan perempuan yang mengasyikkan. Dalam ertikata lain, cinta di alam remaja yang disebut sebagai 'cintan-cintun'.
Tetapi, apabila ruang lingkup cinta itu diperluaskan, kita akan dapati cinta itu mencakupi cinta anak kepada ibubapanya, kepada isteri atau suami, kepada sahabat, alam, kampung, negeri, negara dan yang paling mutlak dan hak ialah cinta kepada al-Khaliq iaitu ALLAH SWT.
Dalam pada itu, oleh kerana mudahnya istilah cinta ini disebut-sebut, ia seolah-olah sesuatu yang begitu mudah dicurahkan. Bahkan, adakalanya ia menjadi begitu murah. Kerana apa? Kerana pada pelbagai ketika dan keadaan, kita sebenarnya tidak menyintai apa atau siapa yang kita cinta. Ia berlaku apabila kita tidak mengerti perasaan kita sendiri akibat tidak menyelami sanubari.
Ini terjadi apabila kita menyintai kerana terikut-ikut dengan dunia cinta orang lain. Cinta ikut-ikutan ialah apabila kita turut bercinta semata-mata kerana kita lihat orang lain bercinta. Pendek kata kerana kita tidak mahu ketinggalan. Kita menyukai sesuatu kerana lihat orang lain suka. Kalau orang lain ada kekasih, kita pun mahu kekasih sedangkan kita belum bersedia untuk menyintai.
Kalau orang lain menggilai gajet komunikasi seperti Blackberry, kita pun turut suka walaupun kita hanya gunakan alat-alat itu untuk kegunaan asas seperti menelefon dan mengirim teks sahaja. Bila kita tidak gunakan sepenuhnya fungsi e-mel, PDA, internet, musik dan video dalam Blackberry seperti mereka, itu hanya cinta ikut-ikutan. Kalau kita katakan yang kita cinta pada alam tetapi hanya dengan menanam sebatang pokok sebagai simbolik, itu belum lagi dinamakan cinta. Cinta ikut-ikutan akan cepat pudar dan membosankan diri kerana ia hanyalah kesukaan luaran. Esok, lusa, kita akan mencari cinta yang lain.
Cinta apabila 'ada' juga bukan cinta luhur kerana ia ada kepentingan. Orang kata, ada wang sayang abang, tiada wang abang melayang. Ertinya, cinta itu hanya datang apabila ia memenuhi kehendak kita. Andainya cinta kita tidak dibalas setimpal dengan apa yang diberi, maka ia mudah diketepikan. Cinta pada pasukan bolasepak Malaysia selagi mereka menang tetapi membencinya sekiranya mereka tewas dan melukakan hati kita, itu belum cinta namanya.
Ada kalanya, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyintai, tapi sebenarnya cinta itu sudah lemau. Oleh kerana ingin menjaga prinsip dan nilai kesetiaan serta tanggungjawab, maka kita memaksa diri. Tanpa disedari juga mungkin kita berlakon suka. Kita boleh temui cinta suami dan isteri yang sudah rutin. Di meja makan restoran, si isteri ber SMS dan si suami membaca akhbar. Tanpa senyum-senyuman, tanpa lirik melirik, mereka menghabiskan makan malam dan keluar dari restoran dan melangkah beriringan sedepa jauhnya. Kononnya, mereka sudah makan malam bersama.
Memberi cinta secara ikut-ikutan, cinta tatkala ada dan cinta hingga memaksa diri adalah cinta yang tempang. Ia tidak menyeluruh. Sebaliknya, memberi cinta dan menyintai secara tulus ialah apabila kita menyukai sesuatu kerana perasaan kita sudah jatuh kepadanya. Memberi cinta bukan kerana baiknya, malah menerima keburukannya sebagai satu pakej.
Kita masih boleh terus menyintai, meskipun ia tidak akan dibalas. Umpama seorang pelukis dengan lukisannya; dia tetap akan menyintai lukisannya meskipun lukisannya tidak boleh membalas cintanya. Memberi cinta yang luhur akan terus kental dan tidak berpaling arah meskipun yang lain datang menguja. Bagai cinta ibu pada si anak, walaupun apa pun cacat celanya anak, si ibu tetap mekar dengan cintanya.
Untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur, kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata, tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul, kebaikan, keburukan, malah menerima dia atau ia pada hari esoknya.


Bila Kita Berbicara Soal Hati


Bila kita berbicara soal hati, hati itu ada pelbagai rasa yang mana kadang-kala sukar untuk ditafsirkan dan sukar untuk dimengertikan. Manusia selalunya tertipu dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan. Perasaan itu kadangkala akan menipu akal dan fikiran. Kadangkala kita merasakan sesuatu yang ada di depan mata kita itu adalah yang terbaik. Dan kita juga sering berprasangka apa yang kita ada itu tidak cukup dan tidak baik. Namun, hanya Allah saja yang lebih mengetahui apa yang terbaik sedangkan kita tidak. Perasaan di hati kita itu juga adakalanya membuat kita kebingungan, kegelisahan, kerisauan, kegusaran dan sebagainya yang membuatkan kita resah dan tidak senang duduk. Sehinggakan kita terduduk menangis memikirkan kegundahan perasaan yang wujud itu.

Hati dan perasaan memang ada dalam setiap diri manusia. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita semua menjaga hati itu supaya ia selari dengan akal dan fikiran kita. Jika terlalu mengikut perasaan dan kata hati, kita juga bisa mati. Akal fikiran dan pertimbangan yang baik sahaja dapat memandu kita kepada satu jalan yang betul. Kadangkala kita semua ini suka berprasangka kepada orang di sekeliling. Orang yang berbuat baik dengan kita, kita akan berprasangka kononnya ada udang di sebalik batu. Ya, prasangka boleh jadi membantu hidup kita dan juga boleh membantutkan hidup kita. Kita sememangnya memerlukan prasangka tapi bukan prasangka  yang membantutkan hidup kita. Tapi, biarlah prasangka yang berpada-pada..Kita cuma perlu berhati-hati dan jangan terlalu mengikut kata hati.


Saturday, December 10, 2011

ALAHAI,MALANGNYA NASIB..


memang malang!!! nk tengok OMBAK RINDU..
kelmarin keluar dgn Hani tp tiket dh SOLD OUT!!!!
aku datang  AWAL 2 JAM 30 MINIT sebelum tygn bermula tp tetap x dapat tiket..
sedihnye……
ada yg pukul 4.30 PETANG je..dh la cite 2 DUA JAM 5 MINIT (x termasuk iklan mse prmulaan filem lg)..
so agak2nya pukul berapa aku balik??? sah2 maghrib bru nak balik..
walaupun balik naik teksi tp mesti mak aku marah punya sebab dah maghrib baru nak balik..so dengan berat hati aku terpaksa ‘melepaskan’ FILEM OMBAK RINDU semalam.. L


rancang nak tengok dua filem ..last2 dapat tengok satu je..Hani 2 la beria sangat nak tengok filem AKU BUKAN TOMBOY..kakak dia kata best..cite ni ok la jugak..banyak jugak part kelakar! terubat la jugak walaupun x dapat tengok filem OMBAK RINDU..huhuhuhu..
tp yang kelakarnya kat sebelah aku dgn hani dua2 pasangan couple..
aku dgn hani pn couple jgk  sbb ktorg kluar bdua je..hehehehe..
mula2 tu tergelak jgk aku sbb ktorg ‘diapit’ psangan couple..tp apapun filem AKU BUKAN TOMBOY terbaikkkk walaupun endingnya agak tergantung ye..


tp klo aku jadi SCHA AL YAHYA pn aku confuse nk plih antara SHAHEIZY SAM @ SYAMSUL YUSOF..dua2 baik dalam cite 2..huhuhuhu

p/s :esk utk kli KEDUA nk prgi panggung wyang tgk OMBAK RINDU 
tp enth ksampaian ke tdak hajat aku ni..huhuhuhuhu

Friday, December 2, 2011

Tujuh Punca Utama Cepat Lapar



(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

OMBAK RINDU




Filem yg diadaptasi dari novel OMBAK RINDU..
novel Ombak Rindu???
sebelum ni x pernah dgr novel ni pun..
ramai org cakap novel ni best..



mula2 tu rasa biasa je..
tp ble tau AARON AZIZ a.k.a SETH TAN (NOR ELENA) blakon tbe2 interested plak..
LISA SURIHANI pn berlakon jgk.. J
tp LISA berlakon watk jahat..aku ada tgk jgk sedutan filem ni,mmg nmpak LISA ni ‘jahat’ btol dalam filem 2..LISA pelakon yg sgt berbakat..watak baik @ jahat dua2 dia boleh bwk dgn baik..

hari tu jalan2 kt Giant mpak novel OMBAK RINDU kt MPH..
aku x la beli nvel 2 tp sempat jgk la baca synopsis cite 2..
boleh tahan la..(baca synopsis je la katakan)
bila bukak fanpage filem OMBAK RINDU kt fb lg la bertambah minat aku dgn filem ni..
ramai org kata x sabar nk tengok filem ni..(asyk dgr org cakap je aku ni..)
insya-allah 7/12 ni aku gi tengok filem ni..
Hanifah 2 pn dok minat dgn cite ni..
dia siap beli novel OMBAK RINDU lg 2!
dia kata dia nak tau mcm mne jalan cerita sebelum tengok filem ni..
yg kesiannya 2 dia sorg je (tmasuk aku) belum baca novel ni..
kakak2 dia smua dah baca DULU..
mksudnya novel ni dh lama sbb 2 la aku x pernah dgr pasal novel ni..
alang2 Hanifah 2 dah beli novel OMBAK RINDU tu boleh la aku tumpang sekaki..
nnti dia bagi aku pinjam novel dia 2..tp dia bg mse ktorg kluar nk tengok wayang nnti..
mksudnya aku tgk FILEM OMBAK RINDU dlu baru bce NOVEL OMBAK RINDU..
org lain dh bce novel dulu baru tengok filem tp aku ni terbalik plak..
x pe la,jnji dpt tengok dan baca OMBAK RINDU..huhuhu