Friday, March 9, 2012

SIAPA KATA?


SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA..
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH..
SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP..
SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH..
SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT..
SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu..
(walaupun PROFESOR serba TAHU..)...

INGATLAH Bahawa,,

Semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,,
ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing2..

ALLAH berikan KELEBIHAN,,
Bukanlah 100% diBERI semua pengeTAHUan..

ALLAH berikan KEKURANGAN,,
Bukanlah sehingga ia mengHINAkan..

Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,,
AGAR kita tidak perlu SOMBONG..
AGAR kita sentiasa menjadi HAMBA yang berSYUKUR kepada-NYA.

Friday, February 10, 2012

DAH SETAHUN...


pejam celik pejam celik dah bulan dua..
dah SETAHUN umur blog aku ni..
SELAMAT HARI JADI kepada blog aku!!!
skrg ni dah ada 30 Follower..
terima kasih la byk2 kepada follower sekalian yg sudi follow blog aku yg x seberapa ni..
aku created blog ni bukan nak kumpul follower tp sekadar untuk mnulis benda yg aku minat..
aku x pernah bgtau org yg aku ni ada blog..cuma kawan2 yg terdekat dan rapat..itupun dlam 5-6 org je..
even aku x bgtau org yg aku ada blog tp ada jgk yg sudi follow blog aku ni..
kpd2 follower aku yg CANTIK lg SWEET (membodek follower la plak! hehehe),
 THANK YOU SO MUCH!!! 
masa aku belajar buat blog ni ,aku tengok banyak blog yg cantik2..
dibandingkan dgn blog aku yg x seberapa ni, bagai langit dgn kerak bumi!
 hahahaha
malu nak ckap kt org aku ada blog..hehehe
slah satu penyebabnya lg ialah senang aku nk KUTUK org ...
hahahahaha
ye la,kot2 la aku dok mngumpat org,tbe2 si dia baca plak..
x ke gler 2..
so better org x tau kewujudan blog aku ni..
aku punya post pun x de la best mne ..
TERIMA KASIH la kepada org yg baca post aku dan comment post aku tu..
i really appreciated that..
ada sesetengah org yg lepas baca blog aku ,add aku kat facebook..
TERIMA KASIH sbb susah2 add aku kt fb dan mnambahkan friends aku kt fb..
hehehehehe

Wednesday, January 18, 2012

CIKGU OH CIKGU!

Semalam ada cikgu LELAKI baru kt sekolah.. baru kt perhimpunan 
rmai dh pandang2 dia especially perempuan la kn..mne x nye,cikgu tu muda + kacak..hahahaha..
tiba2,masa BM smalam cikgu 2 masuk klas kitorang.. 
perempuan smua tersenyum-senyum la..Naja la yg paling excited..
mklum la,dia dok kt depan meja cikgu..
tp bila tengok muka cikgu 2 ,aku teringat kt USTAZ FAKHRUL RAZI..
dh lama x jumpa ustaz..
enth ustaz mengajar lg ke x kt SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-ISLAHIYAH KEM GENTING KLANG 2..
sbnrnya aku dh lupa nme2 ustaz dan ustzah yg mengajar aku kt sekolah agama dulu..
dh hampir 5 tahun tinggalkn sekolah agama 2..
dan sampai sekarng aku tak ambik SIJIL UPSRA lg..hehehehe..
boleh ambk lg ke skrg ni???SIJIL UPSRA TAHUN 2007! J

aku cuma ingat nma guru kelas aku masa darjah 6 dan ustaz Fakhrul Razi..
bkan apa,nama ustaz ni sama dgn nama abg sepupu aku so smpai skrg dok ingt lg nama ustaz 2..
lgpun ada 1 pesanan yg dia cakap kat murid2 perempuan darjah 6 masa hari terakhir kitorg kat sekolah 2..
dia cakap ‘KALAU USTAZ NMPAK KAMU X PAKAI TUDUNG KT LUAR ,SIAP!’ ..tp jgn salah anggap plak,bukan sebab ni aku pakai tudung..semata-mata sebab takut dgn ustaz! 
NO NO NO,aku pkai sbb 2 mmg tnggungjwb aku sbagai perempuan islam dan mmg 2 perkara wajib..
Cuma rasa cute plak pesanan ustaz ni..huhuhuhu..
walaupun ada nama ustaz dan ustazah yg aku dah lupa namanya tp muka2 diorg semua aku ingt lg.. J

Sunday, January 1, 2012

KEMBALI KE SEKOLAH!!!



x sabarnya!!!!nak sekolah balik…hehehe..rindu sekolah sangat2..
tp klo sekolah sibuk sgt nak cuti panjang2..
itulah aku…
rindu aku nak bngun pagi2 siap pergi sekolah dan gosok baju sekolah dlm 
keadaan separuh sedar (lepas bngun tdo trus gosok bju,hehehe)..
pejam celik pejam celik dah FORM 5 aku..aku dah jadi SENIOR!
x sangka tahun ni SPM..seriously aku x ready apa2 utk SPM ni..
aku x rasa pn yg aku ambik SPM tahun depan tahun depan..huhuhu
cuti ni x pegang buku pun (pegang bku pun sebab nk balut je)
aku cme baca buku INTERLOK (separuh je!)
terus x de semangat nk baca lepas dapat tahu tahun depan buku tu ditukar dgn buku lain pulak..haiya!nasib baik x beli buku rujukan lg..
klo x sia-sia je beli ,bukan guna pun!
tp memang ‘slow’ gler aku baca buku INTERLOK 2..
maklum la,bru start baca dh menguap berkali-kali!
tp klo baca novel OMBAK RINDU yg aku pnjam dri Hanifah 2 cuma ambik 1 HARI je dah khatam!
minggu depan dah start sekolah..best2..
tp gembira sminggu je la kot..lepas 2 mesti tension pnye!
mesti berlambak homework kena buat..
lagi2 tahun ni SPM ,mesti kne ‘push’ dgn cikgu!
tahun ni tahun paling penting dalam hidup..
kena serius belajar,x boleh main2 dah..

p/s : happy new year!!!moga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..

Saturday, December 24, 2011

tips untuk memahami kata-kata wanita

Sememangnya wanita amat sukar untuk difahami kerana mereka tidak suka menyampaikan sesuatu secara terus terang,mereka mahukan seorang lelaki yang lebih memahami. Tidak seperti lelaki yang bersikap terbuka. Jadi, setiap kata-kata mereka pasti ada rahsia yang tersembunyi. Apakah makna disebalik kata-kata wanita?
(1) Fine!- Adakah lelaki memahami apabila pasangan mereka menyatakan perkataan Fine! ? Kebiasaannya, wanita meluahkan perkataan ini kerana mahu menghentikanperdebatan yang sedang berlaku. Sebaiknya, apabila mereka sudah mengeluarkan kata-kata ini, anda perlu untuk memberikan ruang untuk mereka bertenang. Cuba elakkan daripada terus memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi mereka. Apabila sesuatu perbincangan dipengaruhi emosi pasti sukar untuk mencari jalan penyelesaian.
(2) 5 minit- Apabila wanita menyatakan mereka memerlukan masa 5 minit untuk bersiap, anda perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam. Lelaki perlu memahami bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk wanita, terutamanya apabila keluar bersama orang yang mereka sayang.
(3) Takda apa-apa- Apabila wanita menyatakan seperti ini, ia adalah petanda awal bahawa perang akan berlaku sekali lagi sekiranya masalah belum lagi dapat diselesaikan. Lelaki seharusnya bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya.
(4) Sukahatila (nada sinis)- Apabila wanita menyatakan sukahatila, ia sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara itu. Jangan lakukan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa anda berjaya memahami mereka.
(5) Whatever!!- Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah ia bermakana bahawa wanita tersebut menyatakan “SAYA BENCI AWAK!!”
(6) Takpe, saya ok- Apabila wanita meluahkan kata-kata ini, ia bermakna mereka sedang memikirkan mengenai hubungan anda. Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian, mempunyai masa depan yang cerah, dan sebagainya. Anda seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan anda semula.
(7) Jangan risau, saya dh agak dah- Kenyataan ini biasanya menunjukkan bahawakesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk beberapa kali. Ia juga merupakan satu tanda bahawa mereka telah berasa bosan dengan sikap buruk anda.

Monday, December 19, 2011

TERGAMAM AKU DIBUATNYA...



This really really sweeeeeettttttttt!!!!!!
keluar sikit air mata aku tgk video ni..
bestnye kalo aku pn dilamar mcm 2..hehehehe (berangan je la)
seriously kakak tu mmg bertuah dapat abg tu..
diorang berdua memang secocok and sweet sgt!
aku doakan moga diorang bahagia hingga ke akhir hayat..
Aminnnnnnnnnnnnnnn

Wednesday, December 14, 2011

Andai Kamu Ingin Memberi Cinta

CINTA. Istilah ini amat popular. Ia mudah dikata tetapi sukar dimengerti. Tatkala melafaz istilah ini, ia mencetuskan pelbagai makna dan perasaan buat seseorang. Ada getaran di suara apabila menyebutnya, ada gambaran indah di layar minda apabila mengingatinya dan ada perasaan berbunga di hati tatkala menghayatinya.
Cinta boleh menjadi istilah yang paling disukai. Atau paling dibenci, bergantung kepada saat bahagia atau deritanya seseorang dengan cinta. Namun ia juga sering disalah anggap kerana cinta biasanya dikaitkan dengan cinta lelaki dan perempuan yang mengasyikkan. Dalam ertikata lain, cinta di alam remaja yang disebut sebagai 'cintan-cintun'.
Tetapi, apabila ruang lingkup cinta itu diperluaskan, kita akan dapati cinta itu mencakupi cinta anak kepada ibubapanya, kepada isteri atau suami, kepada sahabat, alam, kampung, negeri, negara dan yang paling mutlak dan hak ialah cinta kepada al-Khaliq iaitu ALLAH SWT.
Dalam pada itu, oleh kerana mudahnya istilah cinta ini disebut-sebut, ia seolah-olah sesuatu yang begitu mudah dicurahkan. Bahkan, adakalanya ia menjadi begitu murah. Kerana apa? Kerana pada pelbagai ketika dan keadaan, kita sebenarnya tidak menyintai apa atau siapa yang kita cinta. Ia berlaku apabila kita tidak mengerti perasaan kita sendiri akibat tidak menyelami sanubari.
Ini terjadi apabila kita menyintai kerana terikut-ikut dengan dunia cinta orang lain. Cinta ikut-ikutan ialah apabila kita turut bercinta semata-mata kerana kita lihat orang lain bercinta. Pendek kata kerana kita tidak mahu ketinggalan. Kita menyukai sesuatu kerana lihat orang lain suka. Kalau orang lain ada kekasih, kita pun mahu kekasih sedangkan kita belum bersedia untuk menyintai.
Kalau orang lain menggilai gajet komunikasi seperti Blackberry, kita pun turut suka walaupun kita hanya gunakan alat-alat itu untuk kegunaan asas seperti menelefon dan mengirim teks sahaja. Bila kita tidak gunakan sepenuhnya fungsi e-mel, PDA, internet, musik dan video dalam Blackberry seperti mereka, itu hanya cinta ikut-ikutan. Kalau kita katakan yang kita cinta pada alam tetapi hanya dengan menanam sebatang pokok sebagai simbolik, itu belum lagi dinamakan cinta. Cinta ikut-ikutan akan cepat pudar dan membosankan diri kerana ia hanyalah kesukaan luaran. Esok, lusa, kita akan mencari cinta yang lain.
Cinta apabila 'ada' juga bukan cinta luhur kerana ia ada kepentingan. Orang kata, ada wang sayang abang, tiada wang abang melayang. Ertinya, cinta itu hanya datang apabila ia memenuhi kehendak kita. Andainya cinta kita tidak dibalas setimpal dengan apa yang diberi, maka ia mudah diketepikan. Cinta pada pasukan bolasepak Malaysia selagi mereka menang tetapi membencinya sekiranya mereka tewas dan melukakan hati kita, itu belum cinta namanya.
Ada kalanya, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyintai, tapi sebenarnya cinta itu sudah lemau. Oleh kerana ingin menjaga prinsip dan nilai kesetiaan serta tanggungjawab, maka kita memaksa diri. Tanpa disedari juga mungkin kita berlakon suka. Kita boleh temui cinta suami dan isteri yang sudah rutin. Di meja makan restoran, si isteri ber SMS dan si suami membaca akhbar. Tanpa senyum-senyuman, tanpa lirik melirik, mereka menghabiskan makan malam dan keluar dari restoran dan melangkah beriringan sedepa jauhnya. Kononnya, mereka sudah makan malam bersama.
Memberi cinta secara ikut-ikutan, cinta tatkala ada dan cinta hingga memaksa diri adalah cinta yang tempang. Ia tidak menyeluruh. Sebaliknya, memberi cinta dan menyintai secara tulus ialah apabila kita menyukai sesuatu kerana perasaan kita sudah jatuh kepadanya. Memberi cinta bukan kerana baiknya, malah menerima keburukannya sebagai satu pakej.
Kita masih boleh terus menyintai, meskipun ia tidak akan dibalas. Umpama seorang pelukis dengan lukisannya; dia tetap akan menyintai lukisannya meskipun lukisannya tidak boleh membalas cintanya. Memberi cinta yang luhur akan terus kental dan tidak berpaling arah meskipun yang lain datang menguja. Bagai cinta ibu pada si anak, walaupun apa pun cacat celanya anak, si ibu tetap mekar dengan cintanya.
Untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur, kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata, tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul, kebaikan, keburukan, malah menerima dia atau ia pada hari esoknya.


Bila Kita Berbicara Soal Hati


Bila kita berbicara soal hati, hati itu ada pelbagai rasa yang mana kadang-kala sukar untuk ditafsirkan dan sukar untuk dimengertikan. Manusia selalunya tertipu dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan. Perasaan itu kadangkala akan menipu akal dan fikiran. Kadangkala kita merasakan sesuatu yang ada di depan mata kita itu adalah yang terbaik. Dan kita juga sering berprasangka apa yang kita ada itu tidak cukup dan tidak baik. Namun, hanya Allah saja yang lebih mengetahui apa yang terbaik sedangkan kita tidak. Perasaan di hati kita itu juga adakalanya membuat kita kebingungan, kegelisahan, kerisauan, kegusaran dan sebagainya yang membuatkan kita resah dan tidak senang duduk. Sehinggakan kita terduduk menangis memikirkan kegundahan perasaan yang wujud itu.

Hati dan perasaan memang ada dalam setiap diri manusia. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita semua menjaga hati itu supaya ia selari dengan akal dan fikiran kita. Jika terlalu mengikut perasaan dan kata hati, kita juga bisa mati. Akal fikiran dan pertimbangan yang baik sahaja dapat memandu kita kepada satu jalan yang betul. Kadangkala kita semua ini suka berprasangka kepada orang di sekeliling. Orang yang berbuat baik dengan kita, kita akan berprasangka kononnya ada udang di sebalik batu. Ya, prasangka boleh jadi membantu hidup kita dan juga boleh membantutkan hidup kita. Kita sememangnya memerlukan prasangka tapi bukan prasangka  yang membantutkan hidup kita. Tapi, biarlah prasangka yang berpada-pada..Kita cuma perlu berhati-hati dan jangan terlalu mengikut kata hati.