Welcome To My Blog...

Sunday, September 25, 2011

13 Alasan Bagi Wanita Yang Tidak Mahu Bertudung.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa
.
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Jadi, kepada wanita-wanita yang tidak bertudung. usah penuhkan alasan-alasan yang membosankan ini.
Kerana dalam beragama dan beribadah tiada lagi alasan, tetapi menerima, melakukan dan pengamalkan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah serta menjaunhi segala larangaNYA.

Maaf, jika ada terkasar bahasa. :)

Wednesday, September 21, 2011

LAWATAN PPSS KE PERUSTAKAAN NEGARA...

aku mlas nak menaip..
layan je la gambr-gambar ni..

 dlm bas..:)
 motif:sje nk bg nana jeles tgk gmbr ni..hahaha
ceh2,ayunye Maton..huhuhu



 brmnja dgn huda..'motif' yg sme,bg nana jeles! hahaha





 ber'manja' dgn faz plak,

 pemandangan kt luar sgt cntik mse ni..
 Eiman sgt cmel wlaupn brdiri mcm org tgh nyanyi lagu NEGARAKU..hehehe






Sunday, September 18, 2011

JANGAN SESEKALI KAMU...


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

- Artikel iluvislam.com

Sunday, September 11, 2011

Petanda Wanita Jatuh Cinta Dgn Lelaki..


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

16. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

17. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

18. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

19. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

20.Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

21. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

22. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

23. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

24. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

25. Senjata wanita adalah airmata!!

26. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

27. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

28. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Wednesday, September 7, 2011

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK...


Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..


BEZA ANTARA CINTA , SUKA DAN SAYANG ...


Dihadapan orang yang kau cintai,
musim dingin berubah menjadi musim semi yang indah.

Dihadapan orang yang kau sukai,
musim dingin tetap saja musim dingin hanya
suasananya lebih indah sedikit.

Dihadapan orang yang kau cintai,
jantungmu tiba tiba berdebar lebih cepat

Dihadapan orang yang kau sukai,
kau hanya merasa senang dan gembira saja

Apabila engkau melihat kepada mata orang yang
kau cintai, matamu berkaca-kaca

Apabila engkau melihat kepada mata orang yang
kau sukai, engkau hanya tersenyum saja

Dihadapan orang yang kau cintai,
kata kata yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam

Dihadapan orang yang kau sukai,
kata kata hanya keluar dari pikiran saja

Jika orang yang kau cintai menangis,
engkaupun akan ikut menangis disisinya

Jika orang yang kau sukai menangis,
engkau hanya menghibur saja

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan
rasa suka dimulai dari telinga

Jadi jika kau mau berhenti menyukai seseorang,
cukup dengan menutup telinga.

Tapi apabila kau mencuba menutup matamu dari
orang yang kau cintai, cinta itu berubah menjadi
titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam
jarak waktu yang cukup lama.

Tetapi selain rasa suka dan rasa cinta… ada
perasaan yang lebih mendalam.
Iaitu rasa sayang…. rasa yang tidak hilang
secepat rasa cinta. Rasa yang tidak mudah berubah.
Perasaan yang dapat membuatmu berkorban untuk orang yang kamu sayangi.
Mau menderita demi kebahagiaan orang yang kamu sayangi.
Cinta ingin memiliki. Tetapi Sayang hanya ingin
melihat orang yang disayanginya bahagia..
walaupun harus kehilangan..

Friday, September 2, 2011

HUI JIA DE YOU HUO best!

cite ni best sgt..
dari first episode aku tgk..
jalan cerita dia best lg2 mse dia dh berubah dan nak balas dendam tu!
episode hari ni dia dah berubah..
dari seorg yg lemah lembut dan sopan mnjadi seorg tgas dan pendendam..
akhrnya!!!!dh lme aku tnggu saat ni..
slalu sakit hati tgk si AI LI GLER 2..
jahat btol dia..
rse nk bagi mkan penampar je kt dia..geram sgt2..


SYNOPSIS..
The popular Korean drama Temptation of Wife is translated into Chinese in the Hunan TV series Hui Jia De You Huo, which achieved the highest national ratings for a Mainland drama since the glorious days of Princess Returning Pearl. Starring Korean actress Choo Ja Hyun (Scent of Love), Hong Kong starlet Rain Li, and Mainland actor Ling Xiaosu, the urban romance drama tells a captivating story surrounding the hypothesis of "How would I live my life if I were to start again in a different identity?" For Lin Pinru (Choo Ja Hyun), that would mean the metamorphosis from a meek, dutiful housewife to an independent and determined modern woman. Devoted to her husband (Ling Xiaosu), Pinru used to live a simple, happy life. But when she bitterly finds out that he's had a secret affair with her best friend (Rain Li), things culminate in her "rebirth" as a different person to take revenge on those who betrayed her.

 cite ni disiarkan di tv2 ..
setiap hari isnin-jumaat
pkol 6 ptg..
CAST
Ling Xiaosu as Shi Xian

Choo Ja Hyun as Ling Pi Ru

 Chi Shu Ai as Gao Wen Yuan

Rain Li as Ai Li/Jennifer

Tu Li Man as Gao Shan Shan

Zheng Yi Tong as Bao Lian

GAMBAR SEMASA SHI XIAN DAN PING RU BERKAHWIN..
malangnya prkahwinan diorg ni btahan 5 tahun je..
semua ni gara2 Ai Li..dia goda Shi Xian tu!
yg Shi X ian 2 plak x tahan godaan..
kesian Ping Ru..:(
walaupun aku x tengok cite 2 smpai hbis tp rsenye mcm tau je ending dia mcm mne melalui gambar ni..
bestnye klo mcm ni ending cite ni!

sweetnye..:)

HUI JIA DE YOU HUA DRAMA