Monday, May 23, 2011

Amanah dalam Cinta

ni cite bru kt tv3..
cite ni ganti SEJUTA CINTA MARSHANDA..
start 23 MEI 2011..
stiap hari isnin hngga khamis..



SINOPSIS
JULIE adalah gadis yang periang, berani dan mempunyai kepribadian yang yang menarik, meskipun kadang dia suka  berperangai nakal. Tingkah lakunya selalu buat orang-orang senang sangat sayang dengan dia. Kalau  JULIE melakukan kesalahan, orang-orang terus memahami perbuatannya…. dan memaafkan.

JULIE sekarang tinggal bersama pak cik dan mak ciknya, AHMAD dan MURNI. Tetapi kerana Ahmad terlalu tegas padanya, sampai memutuskan di mana Julie harus sambung belajar dan dengan siapa Julie harus menikah. Julie pun mengambil keputusan pergi ke Jakarta. Keputusan itu pun diambil kerana pujuk rayu RADIT yang meyakinkan Julie bahawa di Jakarta dia dapat menggapai impiannya untuk sambung belajar dan menjadi pereka fesyen.

Tetapi terbukti Radit menipunya dengan mencuri semua wang Julie ketika JULIE tertidur di dalam bas. JULIE  menangis kerana tidak tahu tahu berbuat apa. Ketika  memikirkan nasib, bas yang Julie naiki mengalami kemalangan. Sepasang suami isetri yang cedera parah, ARVINO dan MEETHA, yang dia kenal ketika berada di dalam bas meminta pertolongannya untuk menghantar anak mereka berdua untuk,VINO pada keluarga ARVINO di Jakarta. Julie tidak sanggup menolak amanah tersebut. Kerana ternyata hanya JULIE dan VINOlah yang selamat dalam kemalangan tersebut.

Julie pun meneruskan perjalanannya untuk melaksanakan amanah Arvino dan Meetha. Di sinilah perjalanan hidupnya yang penuh liku bermula. Dengan terpaksa dia harus menyamar sebagai Meetha setelah bertemu dengan keluarga besar Arvino. Julie pun bertemu dengan MILO, adik Arvino, yang ternyata adalah lelaki yang dulu hendak dijodohkan Ahmad padanya. Itu pun Julie ketahui tanpa sengaja dia akhirnya membuka sampul surat yang dulu pernah Ahmad berikan padanya. Tetapi Milo terlanjur menganggapnya sebagai kakak ipar. Julie pun tidak tahu harus berbuat apa, sedngkan semakin lama hubungan mereka semakin rapat.

Masalah semakin besar  apabila hubungan rapatnya dengan Milo membuat rakan sekerja Milo, ALYA, yang selalu mengejar cinta Milo cemburu. Sehingga Alya selalu berusaha menjauhkan Julie dari Milo.

Apa akan terjadi terhadap hidup JULIE seterusnya? Apakah JULIE akan dapat menikah dengan MILO? Apakah rahsia JULIE akan terbongkar, dan JULIE sanggup menjelaskan kepada semua orang di dalam rumah ini mengenai hal yang sebenarnya?

Konflik jadi semakin tajam, dan mengharukan…

CAST
Julie Estelle as Julie
 Christian Sugiono as Milo
 Ali Syakieb as Dhika
Alice Norin as Alya

No comments:

Post a Comment