Welcome To My Blog...

Tuesday, April 26, 2011

4 jenis lelaki yang perlu dielakkan oleh wanita

Ego
Seorang lelaki yang ego amat mudah untuk dikesan. Sekiranya ketika berkomunikasi lelaki itu banyak bercerita mengenai apa yang dia telah lakukan, membanggakan dirinya, dan menceritakan kehebatannya sahaja, kemungkinan mereka adalah seorang lelaki yang ego amat tinggi. Lebih sukar sekiranya mereka sendiri tidak dapat mengawal keegoan mengikut keadaan,tempat dan tidak memikirkan perasaan orang lain. Sekiranya anda berjumpa lelaki seperti ini, anda dinasihatkan untuk menjauhkan diri. Ini kerana mereka hanya mementingkan diri mereka sahaja dan amat sukar untuk dibawa berbincang.
 
Kedekut
Lelaki yang kedekut juga merupakan satu masalah yang menjengkelkan. Ini adalah kerana seseorang lelaki harus bertanggungjawab untuk memberi perlindungan dan menjaga makan minum seseorang wanita mengikut kemampuannya. Sekiranya pada permulaan mereka sendiri tidak menunjukkan tanggunjawab mereka, pasti lebih sukar sekiranya sudah ada pertalian. Tetapi ia juga mengikut sikap seseorang wanita itu, sekiranya permintaannya melampau dan meletakkan kebendaan perkara paling penting dalam perhubungan, lelaki itu pula harus memikirkan adakah wanita seperti ini harus mereka elak.
 
Tidak Hormat
Perasaan tidak hormat juga merupakan masalah utama yang sering dibelenggu wanita. Ini adalah kerana sekiranya tiada perasaan hormat, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan memenuhi keinginan mereka. Hormat adalah perkara terpenting dalam kehidupan. Ia bukan sahaja perlu untuk wanita, tetapi ia juga perlu untuk dalam kehidupan bermasyarakat. Seseorang yang tiada perasaan hormat amat mudah untuk dikesan, boleh dilihat di dalam cara pertuturan mereka. Sekiranya mereka hanya bercakap mengikut hati sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain, ia merupakan tanda awal bahawa mereka jenis yang tidak menghormati perasaan orang lain.
 
Suka berfoya-foya
Sekiranya timbul sesuatu masalah, lelaki yang suka berfoya-foya amat sukar untuk mencari jalan penyelesaian disebabkan  perasaan tanggungjawab yang kurang. Mereka lebih memikirkan mengenai hiburan dan keseronokan diri sendiri. Wang juga akan dihabiskan untuk berseronok berbanding tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan. Lelaki seperti ini perlu dielakkan. Ini akan menyulitkan lagi keadaan sekiranya sikap ini masih terbawa-bawa apabila sudah berkahwin. Dikhuatiri mereka akan melepaskan semua tanggungjawab yang perlu mereka pikul ke ats bahu wanita itu seorang sahaja.

No comments:

Post a Comment