Welcome To My Blog...

Sunday, April 10, 2011

DIBIUS CINTA...

Nak novel ni!!!someone blh tlong blikan???huhuhuhu

"Eh,kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar ku tadi.Lepas itu,kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah,sekaran......g kau panggil aku perogol pula."

Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. S...aat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi.Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?

---------------------------------
Dialog 1
"Honey, please.Jangan buat I macam ni.I dengan Amro tiada apa-apa hubungan,"
"Please, go.." Adam Syafiq menolak tubuh Hana Nadiah. Aku dah patah hati dengan kau. Kau tak menghargai kesetiaan aku. Kasih sayang aku selama ini sia-sia.
"Takkan you dah lupakan kenangan-kenangan kita?" Hana Nadiah masih cuba menarik simpati Adam Syafiq.
"Baru sekarang you nak ingat kenangan-kenangan kita?Masa you jadi bintang popular dulu ada you ingat semua ini?Masa you dengan jantan lain, ada you ingat semua ini?Come on, Hana.You dah sia-siakan kepercayaan I.You yang hancurkan cinta kita.I’m getting married.Its over between us,"
 
------------------------------ 
Dialog 2
"Abang, Lin nak tanya sikit boleh tak?"
"Tanya banyak pun boleh. Ai, tak pernah-pernah mintak izin nak tanya." Adam Shafiq mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain.
"Abang rasa suatu hari nanti, abang akan berubah hati pada Lin tak?" Cazlin Amalina merenung suaminya dengan penuh kasih.
"Isy, tak ada soalan lain yang lebih bernas daripada soalan ni ke? Apa bendalah soalan mengarut ni juga yang Lin tanya?"
"Alah, jawab ajelah. Haa, entah-entah abang takut nak jawab tak?" Cazlin Amalina menduga suaminya.
Adam Shafiq menarik nafasnya panjang-panjang. Pandangan matanya dilepaskan jauh ke tengah laut. Suasana antara mereka senyap seketika. "Insya-Allah, apa yang ada dalam hati abang ni, cuma Lin seorang sahaja. Dari saat kita jatuh cinta hinggalah sekarang dan semoga pada masa-masa yang akan datang, biarlah Lin seorang sahaja yang menghuni hati abang. Betapa dalamnya abang tempatkan Lin dalam hati abang, Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Walaupun Lin bertukar menjadi Gorilla, orang utan, monyet atau Keluang Man, Lin adalah pujaan hati abang selama-lamanya." Suasana yang pada mulanya serius dan penuh penghayatan bertukar riuh dengan gelak ketawa Adam Shafiq.
  
---------------------------------- 
Dialog 3
"Adam… janganlah macam ni, sayang. You jangan seksa diri sendiri. I ada di sisi you sentiasa. You boleh share apa-apa sahaja dengan I." Hana Nadiah membelai lembut tangan Adam Shafiq.
"I keliru, Hana. Keliru. Kenapa I boleh sayang gila dengan perempuan tu? Sedangkan I tak ingat apa-apa tentang dia. Zero. I percaya dengan perasaan I. I left you. I terima dia dengan sepenuh hati I. Tapi dia? How could she do this to me?"
"Setiap manusia buat salah, Adam. It’s okay. Bukan semua manusia itu sempurna. I terima apa yang dah terjadi antara kita. Dalam keadaan you macam nih, Cazlin ambil kesempatan kat you. You tak bodoh. You cuma jadi pecinta yang setia."

Judul : Dibius Cinta
Penulis : Qash Irdina
Penerbit : Fajar Pakeer
Semanjung : RM 19.90
Sabah / Sarawak : RM 22.90

No comments:

Post a Comment